Aimaan Ahmad: Tepung Bungkus

Pages

Aug 3, 2011

Tepung Bungkus

Bila aku sampai Kl, baru aku kenal tepung bungkus. Ajaib! Sambil- sambil aku kebek handphone tadi, konon nak card cleanup / defragmenter mana-mana yang boleh pindah ke lappy. Mana tak nye. Handphone aku dah full , nak hantar message pon dah tk mampu. Apa jenis tuan la aku ni.=) Lalu aku jumpa gmbr ni. Nak jugak share, mana tahu ada yang masih tak kenal dan tak penah tahu pon.


First time aku gigit makanan nih, housemate aku beli kat LRT Universiti. Sekali ngap,aku ngap lagi. Aku lupa yang makanan ni orang punya. Nak makan lagi, tak dapat la. Itu yang terakhir.



Aku pon dengan buang tebiatnya aku beli lima. Puas hati!! Sambil aku siapkan video aku. Aku ngap la. Kuih keria pon aku tapau. Sekarang no wonder la kenapa lemak mengembang tanpa ragu-ragu. Bila ada orang dah mula tegor aku gemok. Aku mula konfius. haha.Tak best la aku share gambar kuih tepung bungkus ni, tanpa resepi sekali. Aku google untuk korang nih. Mana yang suka memasak di bulan ramadhan ni. Boleh la cuba2, buat kuih untuk moreey surau ke.Elok jugak bersedekah.

RESEPI: Bukan turun temurun.Turun Dari Google.Kesian Yahoo.

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • secubit garam
  • daun pisang di layang skit ke ats api kecil
  • utk inti;
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2-3 keping gula melaka
  • 4 sudu tepung pulut
  • sehelai daun pandanh di simpul

Cara-cara

  1. Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit

Yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur , tengah bandar nun. Korang beli je la suggestion aku. Sebab balik office dah pukul 6, Pastu nak pikir pasal daun pisang lagi.Mana nak cekau kalau rumah pon kondo tinggi-tinggi, tanam atas bumbung. haha.



Lokasi Tepung Bungkus: LRT stesen universiti.

Thanks for reading this entry!






No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign