Aimaan Ahmad: Undi

Pages

May 7, 2013

Undi


Salam.

Hari ini aku nak menceritakan pengalaman pertama kali aku gigih bersemangat menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Siapa yang tak semangat nak memilih pemimpin yang terbaik untuk tempat kita. Aku melihat kedua dua manifesto , meneliti segala kebaikan yang akan mereka tunaikan kepada rakyat. Aku tidak menerima media televisyen semata-mata. Aku mencari informasi  media cetak dan juga sumber internet yang boleh di jadikan bahan rujukan. 


Dan ternyata aku dah pasti siapa yang bakal aku pilih untuk memimpin negara. Tetapi jika undi aku sorang, belum tentu mencukupi untuk menjadikan pemimpin yng aku pilih, menjadi pemimpin secara rasminya. Maka pemimpin yang kalah itu seharusnya teruskan lah niat murni kamu memimpin, memberikan yang terbaik , dan teruskan lah berbakti kepada masyarakat. 


Aku bangun awal pagi. Jam 8 sudah bersiap untuk ke tempat membuang undi, di sekolah berdekatan. Aku pergi bersama mak dan adik. Bestlah ! Ramai yang datang awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Aku bangga kepada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. 1 undi itu amatlah bernilai. kannnn. 
setujukan ! :)


Ini jari telunjuk Usu aku setelah buang undi. Haha Panjang haa kena calit dakwat. Dibomohkan setelah menanyakan soalan hangit. "Botol dakwat dah goncang ke belum?". hihi. macam macam la hai.. :) 


Kini kerajaan negara kita sudah di pilih. Walaupun terdapat banyak sangat isu yang timbul. 


Apa yang aku nak dari kerajaan yang sudah rasmi ini. Berhentilah menunjukkan rasa anti pembangkang dan mulakan kerjasama anda. Memandangkan anda di pihak yang menang, hulurkan perlawaan bekerjasama. Aku sebagai rakyat melihat kerenah pemimpin yang bermacam-macam. Aku sebenarnya nak minta sangat PM kita ni mendidik pihak media supaya berhenti memprovoke mana-mana pihak. Pihak pembangkang ini rakyat Malaysia juga, mereka sememangnya akan voice out apa yang di rasa. Mereka tiada kuasa sepertimana pihak kerajaan ada. Mahukah kita hidup dalam keadaan tidak aman. Jom perbaiki :)


Mulalah mendidik. Bukan taburkan duit. 


Pengalaman mengundi ini memang best ! Terima kasih membaca !



No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign