Aimaan Ahmad: 2017

Sep 22, 2017

Astaxanthin : Merawat Jerawat Teruk


Persoalan mengenai jerawat sering mendapat perhatian apabila timbul isu bagaimana untuk menjaga kesihatan kulit . Ya Aiman faham setiap orang inginkan kulit yang cantik sihat berseri .

Pada saya untuk memiliki kulit yang sihat , sememangnya berpunca dari pelbagai faktor dalaman dan luaran . 

Faktor luaran saya cerita di kemudian la ya !

Hari ini saya akan kongsi satu supplemen dalaman yang sesuai untuk kesihatan kulit .

Produk itu di namakan astaxanthin . Jika korang perasan , supplemen ini sering berada dalam packaging produk makanan tambahan seperti collagen .

Lebih baik saya buat introduction sikit , produk astaxanthin ini dari Astareal which mereka yang leading dalam mendapatkan astaxanthin terbaik .

Astaxanthin adalah produk supplemen yang kaya dengan antioksidan dan mampu memperbaiki tahap kesihatan agar lebih sihat secara optimum .

Jerawat terhasil dari segi dalaman apabila kita sering mengambil makanan berminyak dan tahap imunisasi tidak mampu melawan radikal bebas .

Sebenarnya ASTAXANTHIN ini mempunyai banyak sangat kebaikan keseluruhan tubuh manusia .
Cuma salah satunya adalah boleh memperbaiki struktur kulit yang luka dan rosak .



Ini antara kebaikan astaxanthin yang Aiman mahu kongsikan ;

KULIT CANTIK , GEBU , LICIN & BERSERI

  • Kulit yang lebih cerah dan berseri dengan mengurangkan pengeluaran melanin sebanyak 40%.
  • Pelindung sinaran matahari 'dalaman' untuk mengelakkan selaran matahari dan kerosakan kulit berada di bawah cahaya matahari sehingga 50% lebih lama tanpa mengalami selaran matahari.
  • Menggalakkan kulit yang sekata dan tanpa cela dengan pengurangan bintik bintik penuaan sebanyak 19% dalam masa 8 minggu.
  • Mengelakkan pembentukan kedutan akibat sinaran UV dan kulit mengendur , memperbaiki keanjalan kulit , kekeringan kulit dan kekasaran kulit.

KESIHATAN JANTUNG
  • Melawan aterosklerosis dengan menurunkan tekanan darah , pendepositan lipid , pemperoksidaan lipid dan keradangan vaskular

KESIHATAN HATI DAN SINDROM METABOLIK
  • Mengurangkan ketoksikan glukosa dan keradangan buah pinggang
  • Memperbaiki fungsi pankreas
  • Memperbaiki rintangan insulin dan kepekaan insulin

MENGURANGKAN KERADANGAN GASTRIK
  • Mengurangkan keradangan H.pylori
  • Mengurangkan ulser gastrik
  • Ketidakhadaman
  • Refluks asid
  • Sakit perut
  • Pedih Ulu hati 

OTAK YANG AKTIF & SIHAT
  • Mengurangkan pengoksidaan sel-sel darah merah
  • Merendahkan kejadian strok
  • Meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran


MENAJAMKAN PENGLIHATAN MATA

  • Melegakan keletihan mata dalam 77% subjek yang diuji
  • Meningkatkannn keupayaan untuk melihat objek berdekatan (rabun dekat) dalam 65%
  • Meningkatkan penglihatan kabur dalam 61% daripada jumlah subjek
  • Menggunakan kesan antioksidan dan anti radang untuk melindungi mata daripada katarak glaukoma dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia .

"Astaksantin melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas dan membantu membantutkan pembentukan katarak".
- Dr Joseph Mercola , pengamal perubatan kesihatan semulajadi dan pengarang kepada Mercola.com , laman sesawang kesihatan no .1 Amerika Syarikat .



KESUBURAN 
  • Meningkatkan parameter sperma dan kesuburan


Astaxanthin mempunyai antioksidan yang begitu kuat , tiada antioksidan lain yang diketahui dalam sains yang lebih berkuasa dalam memerangi radikal bebas!

500X stronger than Vitamin E
3000X stronger than Resveratrol
6000X stronger than Vitamin C



5 sebab untuk memilih ASTAREAL ;

  • AstaREAL telah menyokong sejumlah besar kajian keberkesanan termasuk lebih daripada 40 kajian klinikal yang dijalankan di Jepun , Sweden , dan Amerika Syarikat.
  • AstaREAL tlah menaja lebih daripada 40 laporan keselamatan termasuk sejumlah besar kajian klinikal dengan subjek menjalani rawatan yang berlangsung dari 2 minggu hingga 6 bulan.
  • Astaksantin AstaREAL telah disokong oleh pakar pakar dematologi , mata , urologi , ahli ahli terapi , endokrinologi , kardiologi , dan permakanan yang terkenal di peringkat antarabangsa.
  • Kualiti Astaksantin AstaREAL adalah berdasarkan kepakaran Kumpulan Fuji dalam industri farmaseutikal selama enam dekad.
  • AstaREAL merupakan salah satu pasukan R & D yang paling berkuasa dalam industri ini . Perkembangan kami adalah menerusi aplikasi yang unik dan perintis untuk kesihatan manusia termasuk pelbagai kejayaan yang penting.








Merton Hotel Ipoh Review


Disclaimer : This is not sponsor post .


Hye , Assalamualaikum ! :)


Ingat lagi tak Aiman pernah bagi tahu di Facebook Aiman , tiba tiba sahaja saya check in hotel kat Ipoh hasil dari pencarian Agoda.com . Kalau korang tak pernah terserempak pon posting Aiman di Facebook hari tu , meh kali ini saya betul betul bagi review mengenai hotel yang saya check in mengejut ni .

Ini dia hotelnya , Merton Hotel Ipoh .

Masa Aiman uruskan pembayaran deposit , sempat lagi saya tanya pada brother concierge tu .

" Sudah berapa lama buka hotel ini ? Kenapa saya baru tahu ?"

Dalam bertanya , Aiman masih wonder ! Kenapa saya langsung tidak tahu .

Brother tu jawab ," Hotel ini baru buka tahun ini ".

" Oh no wonder baru masuk agoda , saya booking dari sana ".


Memang tabiat Aiman bila hujung minggu rasa letih nak drive balik rumah parents , saya akn meninjau apa hotel terbaru yang boleh saya try .

Sekali sekala reward diri tak pe kan :) Setiap orang cara reward dirikan berbeza. Saya pulak jenis suka memanjakan diri melihat toilet yang cantik , decoration yang cantik , kind of relaxinglah kan...


Lokasi Merton Hotel Ipoh : 

No. 23 & 25 , Jalan Lapangan Symphony Business Park , 31350 Kinta , Ipoh Perak .

Nearby Attractions :

  • Sam Poh Tong Temple  ( 0.69km )
  • Qing Xing Ling Leisure & Cultural Village ( 1.37km )
  • Kek Lok Tong Temple & Zen Garden ( 1.89km )
  • Sultan Azlan Shah Airport ( 2.44km )

Aiman boleh bagi review hotel ni lokasi strategik kalau korang ingin bercuti di Ipoh dan nak datang ke tempat tarikan lain . Senang cerita nak pergi mana mana semua ok , Ipoh ni bukanlah besar mana pun .

Bab pergerakan ni , korang mesti berkereta-lah. Supaya mudah nak ke destinasi .

Jika nak booking uber pon ok , sebab sekarang di Ipoh , Servis uber pon banyak dan kerap pada setiap masa .


Jom tengok gambar hotel yang Aiman dapat dari Agoda.com :




Ini area concierge . Sangat cantik dan hipsturrrr untuk bercuti sekeluarga .






Sebenarnya inilah kali pertama saya masuk toilet yang bersimen sahaja tetapi nampak esklusif dan cantik . Peralatan mandian juga di sediakan .



Masa itu saya datang berdua dengan kawan . Jadi kami pilih single bed . Senang tak berebut selimut atau menendang satu sama lain di waktu malam :)



Pada yang bertanyakan tentang harga , pada Aiman sangat berbaloi . Untuk bilik kami hari tu , Aiman dapat RM 120 sahaja . So that we devided by two , boleh la sorang bayar RM 60 sajorrrr.

Sekarang saya akan review mengikut kategori supaya lebih jelas ;

PERSEKITARAN 
  • Kawasan hotel yang selamat dari bahaya berhadapan jalan raya besar
  • Parking okay masih ada tempat
  • Kedai makan muslim boleh di dapati dengan memandu sedikit ( Ada KFC , Pizza Hut , Seccret Recipe , Old Town , Mcd , Kedai Mamak , Vanggey , Kedai makan dalam department store Billion  )
  • Ada kedai baju dalam hotel , mudah nak cari baju ganti kalau unexpected thing happen while korang travelling 
  • 24 hour security
FACILITY 
  • WIFI yang laju
  • Wheelchair accessible
  • Ada breakfast
  • Elevator
  • Hairdryer
  • Television
  • Shower
  • In room safe
  • Non smoking area
Overall comment 
  • I love the vintage decoration which is rare for me .
  • Too comfort hotel in budget hotel
  • Fast service for check in and check out
  • Clean room & bathroom
  • Very good smells . Everytime I pass by the concierge , lorong ke bilik . Wangi sangat .
  • Romantik decoration corner
  • Affordable price
  • Above expectation !


Masa masuk hotel ni , Aiman lelaju buat instastory di Instagram @missaimaan , terlampau excited . 
Aiman pasti akan kongsi apa sahaja yang best , bukan nak menunjuk tetapi nak berkongsi mana la tahu ada anyone antara kita tengah cari hotel terbaik daripada review saya . Tak rugi pon saya spend masa sikit ! Asalkan bermanfaat untuk pembaca .

Nanti ada hotel best lagi saya review lagi ya .

Thank you for reading ! 

Sep 20, 2017

Pantang larang pengambilan supplemen/vitamin



Hye, Assalamualaikum :)

Hari ini Aiman akan berkongsi tentang PANTANG LARANG semasa pengambilan SUPPLEMEN dan VITAMIN . Ada antara kita terlepas pandang kerana tidak mengetahui langsung , moga perkongsian saya kali ini memberi manfaat kepada korang semua :)



Kunci keberkesanan pengambilan supplemen dan vitamin adalah CONSISTENCY . Boleh di ambil dengan kuantiti yang kecil tetapi perlu berterusan . Bagi mendapat kesan optimum , perlulah memberi keserasian kepada tubuh badan dalam tempoh 3 bulan secara konsisten .

Ada beberapa individu yang mengambil supplemen tetapi tidak merasai manfaat daripada supplemen/vitamin . Ada beberapa faktor mendorong kepada tidak merasai manfaat seperti ;



1. TIDAK MENGAMBIL AIR KOSONG SECUKUPNYA


Ramai yang hadapi masalah untuk minum air kosong dan lebih suka air berwarna dan berperisa . Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabkan kegemukan.

Kita di sarankan minum air kosong yang cukup bagi membantu proses penyerapan nutrisi supplemen lebih baik ke tubuh badan kita .



Kuantiti air yang disarankan berbeza mengikut berat badan . Minum air kosong yang cukup membantu proses healing crisis . Topik ini akan saya kongsikan kemudian ya !

2. ELAKKAN MAKAN SUPPLEMEN/VITAMIN SEKALIGUS PADA SATU MASA

Kesan daripada pengambilan supplemen/vitamin sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah . Kebiasaannya ramai orang suka ambil supplemen/vitamin di waktu malam sebelum tidur sedangkan ketika itu sudah kekurangan air dalam badan .



Cuba jadualkan pengambilan supplemen mengikut kesesuaian .. Ini dapat membantu buah pinggang tidak terbeban untuk memproses segala yang di makan dalam satu masa .


3. ELAKKAN MENGAMBIL SUPPLEMEN BERSAMA UBAT LAIN

Sekiranya anda masih dalam pantauan doktor atas masalah kesihatan , elakkan pengambilan supplemen/vitamin serentak dalam waktu yang sama . Cuba jadualkan pengambilan lebih teratur . Jika pengambilan terpaksa bertindih pada waktu yang sama , sila jarakkan pengambilan sejam atau dua jam dari ubat tadi .

Katakan ubat di ambil waktu pagi , supplemen ambil di waktu tengahari atau malam .

Ini dapat membantu agar darah tidak bercelaru dan mahukan penyerapan terbaik di setiap pengambilan supplemen/vitamin .

4. KURANGKAN  PENGAMBILAN KAFEIN DALAM DIET HARIAN


Kafein akan merosakkan vitamin dalam badan !

Maka berlakulah pembaziran jika anda ambil supplemen/vitamin bersama kafein . 
Kebaikan supplemen/vitamin tadi rosak macam tu saja !



5.  PANTANG LARANG MAKAN SUPPLEMEN/VITAMIN


  • Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi seperti spirulina tidak boleh di ambil sekali dengan susu , goats milk , calcium . Ini akan mengganggu proses  penyerapan zat besi .
  • Vitamin E / EPO tidak boleh di ambil bersama chorella kerana ia akan mengganggu proses penyerapan vitamin e/epo .
  • Ibu mengandung boleh berhenti seketika mengambil supplemen yang tinggi antioksidan kerana ia boleh memberi risiko kepada keguguran janin . Seperti astaxanthin , sekurangnya bulan ke 4 baru boleh ambil . 


Tips untuk ibu mengandung , ambillah supplemen / vitamin bagi memperolehi kesihatan fizikal dan mental optimum bagi ibu dan bayi bakal di lahir . Boleh refer set mengandung di sini . 

Alhamdulillah selesai juga saya berkongsi pantang larang semasa pengambilan supplemen/vitamin pada korang . Insha ALLAH ada rezeki saya tulis lagi info supaya ilmu ini berpanjangan . 

Jumpa lagi !
Thank you for reading :)


B- complex cegah migrain


Dahulu saya tak faham pun kenapa kawan rumah sewa semasa saya study di Universiti Malaya kerap skip class kerana sakit migrain . Since saya sekolah lagi , I really don't understand how migraine's feel till saya sendiri lalui masa tahun pertama kerja. Haaa itu beerti some changes happen in my life . Maybe lifestyle belum boleh cope lagi .

Keadaan MIGRAIN terjadi bagi student semestinya pembelajaran yang pack sehinggakan stress , bagi pekerja mungkin terlampau banyak kerja dari majikan , atau tekanan perubahan hormon ketika period juga .


MIGRAIN IS SO PAINFUL BECAUSE YOU CANNOT THINK ! 
YOU HAVE TO REST THE WHOLE DAY 


Saya sangat tak suka ambil pain killer. So that saya kan pastikan level of stress pada kadar boleh terima dek tubuh badan :)

Bukan stress sahaja punca migrain ya , ada beberapa lagi PUNCA boleh mengakibatkan migrain ;


  • Makan makanan yang mengandungi Tyramine such as cheese ( OMG ! This is my feveret ingredient in any food )
  • Makan makanan yang mengandungi monosodium glutamate ( MSG)  ( Tahukan nak bagi makanan sedap buh yang ni , tapi tak elok untuk kesihatan )
  • Terdedah pada asap rokok , atau pencemaran bunyi 
  • Minuman berkafein
  • Jadual waktu tidur berubah dan tidur tidak mencukupi
  • Gangguan masalah 
  • Jadual permakanan tidak dijaga dan biarkan perut  kosong dalam tempoh lama ( berkemungkinan gastrik juga boleh datang )


Nampak .... terlampau banyak punca akibat migrain , jadi kita yang  berada dalam persekitaran ini perlu mencari inisiatif untuk elak dan atasi migrain .

Bayangkan dahulu masa saya alami migrain , terus telan panadol kononnya nak selesaikan dengan cara segera . Apabila bangun tidur , tidak lama kemudian migrain datang kembali . Jadi kesan pengambilan paracetamol juga sementara .

Saya mesti mencari solusi masalah migrain or I will lying on bed always. 

Macamana saya nak kerja ? Bos mana yang suka kan anak buah banyak alasan ?

Finally saya jumpa satu inisiatif , iaitu dengan mengambil B-COMPLEX . 
Which is kebaikannya adalah anti stress .

Berkait dengan period pain yang teruk , I really maintain dan jaga permakanan to avoid migrain again semasa pre menstrual .
After taking B-Complex, Aiman berasa perubahan yang mana saya boleh langsung tidak migrain in a month .

That big congratulation to my effort /trial .

Alhamdulillah (T_T)



Seriously sedap bila tabur banyak cheese mozarella cheddar . You name it ! haha


B-Complex merupakan gabungan beberapa vitamin larut air . B-Complex mengandungi ;
  • B1 ( thiamin )
  • B2 ( riboflovin )
  • B3 ( niacin )
  • B5
  • B6 ( pyridoxine )
  • B12 ( cobalamine )
  • Folid Acid
  • Panthothenic Acid
  • Biotin


Setiap komponen dalam B-Complex memiliki fungsi khusus . B-Complex juga membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan saraf yang sihat . Ia juga membantu penghasilan sel darah merah dan boleh mengelak anemia .



Apakah kepentingan lain B-COMPLEX kepada tubuh badan ?


  • Menentang tekanan terutamanya dengan gaya hidup yang penuh cabaran
  • Menyokong fungsi kelenjar adrenal dan sistem saraf
  • Mengatasi masalah muda meradang
  • Mengurangkan keletihan
  • Meningkatkan daya tumpuan dan kecergasan
  • Meningkatkan keupayaan mental
  • Dikenali sebagai " Vitamin Kegembiraan"  sering disyorkan oleh pakar perubatan untuk tangani kemurungan 
  • Meningkatkan penghasilan serotonin dalam badan yang mana pemancar saraf yang meningkatkan mood
  • Diperlukan untuk menukarkan lemak dan karbohidrat kepada tenaga 
  • Membantu mengurangkan rasa  mengidam terhadap makanan dan mengelak peningkatan berat badan

Vitamin B biasanya boleh didapati dalam sayuran hijau berdaun dan bijirin tetapi senang termusnah semasa makanan di proses atau di masak.

Tekanan, perpeluhan, merokok dan pengambilan kopi, teh, minuman keras, karbohidrat dan gula terproses juga mengurangkan tahap Vitamin B dalam badan .

Kadar penyerapan vitamin B dikalangan warga tua pula amat rendah.

Gejala gejala kekurangan vitamin B termasuk ulser mulut , kurang darah, sering keletihan, gementar, sering runsing atau resah , penukaran emosi dengan tiba tiba, kurang daya tumpuan, masalah tidur, sukar mengingat kembali mimpi, sengal badan, kerap alamii masalah ketidakhadaman.

Siapa boleh saya syorkan B-Complex?

  • Wanita datang haid
  • Ibu mengandung
  • Mereka yang kurang darah
  • Warga tua
  • Eksekutif sibuk
  • Mereka yang banyak minum kopi
  • Pelajar
Walau apa tahap kesibukan kita , pentingnya menjaga kesihatan dan kecantikan bagi memudahkan urusan duniawi dan membantu kita melakukan ibadah lebih sempurna InshaAllah memerlukan sihat tubuh badan dan mental .

Islam pupuk umatnya menjaga kesihatan beerti menghargai nikmat pemberian sihat Allah :)

Sebarang pertanyaan , boleh juga email saya di nurul.aiman@live.com . Saya menjanjikan konsultansi yang terbaik dan memberi servis yang dipercayai .

Jumpa lagi sharing akan datang :) love



Set Kehamilan Cosway : Buat ibu mengandung prihatin


Tahniah diucapkan atas kehamilan anda :) Setiap kali Aiman jumpa pregnant ladies , I always feel proud dan happy on behalf her pregnancy . Setiap ibu hamil akan berusaha memastikan nutrisi lengkap untuk ibu dan bayi yang bakal lahir dengan mengambil Set Kehamilan Cosway .


Setiap kali kastemer yang hamil datang walk in ke Cosway Taman Karking Ipoh dan meminta konsultansi untuk mencari supplemen terbaik boleh bekalkan nutrisi lengkap , Aiman sudi membantu berkongsi kebaikan dari produk kami tanpa perlu bayaran pun .

I admit , pregnancy time is so precious dan many women akan do very best through out the pregnancy journey . 



Gambar semasa menghadiri majlis perkahwinan housemate . Ops ! Belum pregnant lagi tu gambar kiter



Apakah cabaran yang biasanya di alami oleh ibu hamil ?

Kehamilan adalah satu proses permulaan fasa perubahan bagi seorang wanita yang hamil kali pertama dan melalui proses yang panjang serta mencabar bagi memastikan tahap emosi dan fizikal dalam keadaan optimum .

Inilah cabaran perlu dihadapi bagi membesarkan janin bagi memastikan ibu dan bayi bakal di lahirkan sentiasa sihat .

Antara symptom symptom yang bakal berlaku kepada ibu hamil adalah ;

  • Alahan teruk
  • Morning sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan loya
  • Anemia 
  • Keletihan , mengantuk dan malas
  • Mood swing

Secara logiknya , apabila ibu hamil terpaksa menghadapi symptom ketika hamil sudah pasti akan mengganggu untuk menjalankan rutin harian.
Jangan khuatir , kebiasaannya keadaan ini hanya berlaku sementara sahaja . 

InshaAllah kesemua symptom tadi boleh di atasi dengan bekalan nutrisi mencukupi , berehat yang cukup serta mendapat sokongan dari suami sepenuhnya .


Setiap ibu mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungan sentiasa mendapat khasiat terbaik dan proses pembesaran yang sempurna malah perkembangan otak yang bijak . Set Kehamilan Cosway memenuhi kesemua keperluan ibu hamil dengan rangkaian yang terbaik untuk ibu mengandung .


 1. Certified Organic Spirulina ( multivitamin )

  • Spirulina adalah 100% organik sebagai multivitamin yang lengkap dengan vitamin dan mineral
  • Kandungan fitonutrien yang tertinggi membantu memberi zat besi yang mana boleh mengakibatkan pitam , lesu , kurang daya ingatan dan konsentrasi jika mengalami kekurangan zat besi ketika hamil .
 2. C-500 With Rose Hips
  • Vitamin C sebagai antioksidan membantu meningkatkan tahap imunisasi badan ibu dan bayi yang dikandung sekaligus memberi hasil kulit yang cantik
  • Vitamin C membantu menyerap nutrien lain dengan lebih baik . Jika tiada vitamin c dalam badan , apa apa nutrien pon tidak di serap . Ingat ! Vitamin c perlu di ambil bukan di hasilkan oleh tubuh badan .
3. Omega-3 ( EPA & DHA )
  • DHA sumber asid lemak yang di jumpai dalm tubuh manusia terutamanya di otak . DHA  membantu proses perkembangan otak dan janin .
  • Bayi mendapat DHA melalui plasenta dari ibu . Ibu perlukan DHA untuk menampung keperluan sendiri dan anak . 
  • Ibu perlukan DHA untuk menguatkan daya ingatan , mengekalkan tahap kesihatan otak dan mengelak dari kolesterol .
4. Goats Milk Tablet
  • Sumber kalsium dan potasium yang tinggi bagi mengelak osteoprosis dan mengawal tekanan darah
  • Goats Milk membantu bayi dari terkena jaundis dan penyakit kulit selepas di lahirkan melalui susu ibu 
  • Ia juga bantu mengatasi masalah jerawat , asma , kahak , resdung , ulser , masalah hati , ekzema , sengal badan dan senggugut .


5 . B- Complex
  • Vitamin B diperlukan tubuh badan demi memberi tenaga , otak lebih fokus , mengawal emosi dan wajah berseri.
  • B-Complex adalah vitamin B anti stress .Ibu perlukan dalam keadaan stabil supaya mampu menghasilkan susu secara konsisten dan banyak . 


Pengambilan nutrisi lengkap dan berkhasiat semasa ibu mengandung adalah kunci utama untuk perolehi :

  • Perkembangan otak dan minda bayi lebih sempurna
  • Pencegahan dari jaundis
  • Mengatasi ketidakstabilan hormon dan emosi ibu sendiri
  • Mengekalkan tahap kesihatan ibu dan bayi dalam keadaan optimum sihat

Harga set kehamilan cosway bergantung kepada pakej yang dipilih .

Jika memilih set kehamilan basic , ia terdiri daripada spirulina , vitamin c , omega 3 dan goats milk .Set ini boleh bertahan selama 2 bulan .

Demi anak , ibu ibu pasti berusaha untuk memberikan yang terbaik kan ! :) 

Buat ibu yang berhasrat untuk memberi nutrisi dan khasiat sepanjang mengandung , Aiman sudi memberi tunjuk ajar dalam pengambilan supplemen . Walaupun supplemen set ini di ambil oleh ibu mengandung , sekarang saya juga telah ambil kerana saya perlukan nutrisi dan khasiat dari supplemen tadi .

Kesannya , semestinya kurang spending di klinik . Alhamdulillah :)

Bagaimana Cara Makan Set Kehamilan Cosway ?

Setiap individu adalah berbeza . Sebelum saya mulakan konsultansi , saya akan probing dulu history atau keadaan sekarang .

Bagi mendapat esklusif konsultansi boleh hubungi Aiman directly nombor tertera dan saya akan guide khusus buat customer tersayang :)

Aiman menjanjikan harga terbaik dan servis konsultansi lebih rapat dan jelas kepada ibu ibu sekalian .

Akhir kata , Aiman doakan ibu dan bayi sihat sentiasa dan selamat melahirkan anak InshaAllah .Moga selepas ini boleh saya pulak kongsi kisah pregnancy saya . He he .





Sep 2, 2017

Kriteria memilih Omega 3 yang berkualiti


Ramai telah ketahui kebaikan omega 3 , dari sumber internet mahupun menghadiri kelas nutrisi . Tetapi kita tidak pun di perjelaskan kriteria yang penting ketika memilih omega 3 berkualiti sebelum membuat keputusan membeli .

Aiman kongsikan dalam posting blog kali ini untuk kongsi serba sedikit apa yang saya ketahui .  Omega 3 salah satu supplemen yang diperlukan seluruh peringkat umur dari bayi sehingga orang tua . 

Rugilah jika kita langsung tak ambil tahu bagaimana cara memilih omega 3 . 

Saya mula mengambil omega 3 sudah 3 tahun lebih , yang mana saya memang akui kebaikan pengambilan omega 3 . Rata rata pengguna yang consume akan merasai kesan positif malahan supplemen omega 3 sangat membantu mereka dalam urusan kerja seharian seperti belajar, membaca , berfikir , menulis dan mencari idea . 

Kerana atas asbab penambahan omega 3 yang kita consume dapat meningkatkan daya pemikiran kita .

Selepas makan tengahari , saya cuba ambil omega 3 cosway setiap hari dan day by day , I can feel the result . Then I started mengkaji apa dia kriteria omega 3 ni . Why why whyyyy I can type my story in blog and sharing in my Instagram @missaimaan dengan lancar . No distraction at all .



KRITERIA MEMILIH OMEGA 3 BERKUALITI YANG KORANG PERLU KETAHUI :


Syarikat pengeluar yang berkualiti 


Tidak semua syarikat adalah sama . Korang kena buat sedikit kajian syarikat pengeluar berkualiti dan mempunyai sejarah mengeluarkan omega 3 berkualiti . Seperti cosway , kita telah pun berada dalam industri more than 37 years since 1979 . 


Ketulenan & Keselamatan 

Penyulingan molekul - Proses meletakkan minyak ikan dalam vacuum membolehkan ia didihkan pada suhu yang rendah untuk melindunginya dari rosak . Produk omega 3 kita mengandungi Pronova Pure TM fish oil . Pronova Pure TM is a trademark of BASF , a global leader in omega 3 fatty acids .


Ikan kecil atau ikan besar ?

Ikan besar secara teorinya berada di permukaan lautan dan memakan ikan kecil lebih banyak . Pengumpulan toksin logam berat dari pada ikan kecil menyebabkan minyak ikan juga mengandungi logam berat yang banyak . Jadi pastikan omega 3 yang kita ambil daripada ikan kecil yang berada di dasar lautan lebih baik daripada ikan besar . 


Tinggi kandungan DHA & EPA 

Nota penting untuk pengguna consume supplemen omega 3 . Ketika memilih omega 3 , sila tengok pada kotak nutrition fact yang tertulis di packaging . Berapakah kuantiti dha & epa ? Berapa total mg untuk satu soft gel .
Contohnya omega 3 cosway : DHA 360mg & EPA 240mg 



Dijual berterusan 


Pastikan omega 3 yang kita beli boleh di beli lagi . Janganlah this month kita consume , tiba tiba nak restock bulan depan sudah tidak dikeluarkan lagi .Bukan sebab di upgrade , tetapi syarikat yang menjual sukar di temui . 


Berbaloi dengan harga 

Nak tahu harga satu botol omega 3 mahal atau murah ? Tengok pada kandungan EPA & DHA . Jika sesetengah orang suka mengomel yang produk dia beli kat luar lebih murah , minta dia lihat kandungan ya . Actually bukanlah mahal , tetapi harga yang berbaloi untuk di consume berterusan . Korang tahu berapa harga sebotol omega 3 cosway ? Terkandung 50 softgel .. Harganya kurang dari RM 100 taw . 


Alhamdulillah , finally dapatkan saya kongsi info penting tentang cara memilih omega 3 . Lepas ni jangan terlepas pandang ya bila hendak buat keputusan di farmasi atau drug store , tak pun piyem sahaja saya terus . Omega 3 penting untuk setiap peringkat umur terutama individu yang sedang belajar , sedang membesar atau orang tua yang semakin hilang ingatan . Jom hadiahkan pada mereka supplemen terbaik . Otak sihat , badan sihat , duit jimat !


Thank you for reading !


Happy Birthday Mak !




I am not romantic type person . I think, but trying to cheer them up . I can promise I always be there for you when we are hooked to each other . Orang tak pandai bercinta ni biasanya lebih setia dan menghargai pasangannya  . Orang kata lah , bukan I kata eh . haha .

Rasa macam dah lama I tak buat birthday suprise , so in conjuction my mom's birthdate . I contact my friend yang buat bisnes suprise ni . Luckily dia free time to take adhoc job . Dah biasa buat , dia terima jerr segala request I . So , kerja I adalah memastikan mak tak keluar kemana mana . 


Saya : Hello mak .. Nanti ada kawan along nak hantar barang .
Mak : Barang apa ? ( Jawab mak macam mamai mamai jerrr waktu aku call jam 4 petang . Hidup seorang pensioner )

Saya : Takperr mak amik jerr . Dia dah otw .

Mak : Kawan dari mana ? Siapa ?
Hmmm lain macam pulak soalannya .

Saya : Dah dekat dah mak . Nanti mak tolong ambilkan taw .

Nescaya waktu ini aku amat risau mak buka pintu dalam keadaan mamai bangun tido . Sat lagi suprise planner nak capture the moment mak terima hadiah aku .

Sangkaan aku meleset 😂


Elokkkk bersiap macam nak keluar pergi beli barang pekan .
Ingat aku ada bagi tahu pasal birthday mak aku . So on thats day aku do something to cheer her up . ☺️

Inilah suprise birthday untuk mak tanda ingatan dari along walaupun sedang bekerja .
Tapi mak cool jerrr. Jarang ada drama sebabak . Haha
Nak tengok gambar mak mentua hampa . Scroll down .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

See . I hope shes happy with the brithday suprise . Apalah sangat hadiah ini dengan pengorbanan yang mak dah lakukan pada kami adik beradik .

Ingat lagi zaman kecik , aku lah manusia paling beremosi cepat menitiskan air mata . Mak pergi hantar aku masuk asrama , aku menangis teruk seolah olah mak nak buang aku . ahaha . Tetapi atas asbab mak bertahan membiarkan aku bersekolah smka slim river , maka lahirlah aku yang sekarang .

Sekurang kurangnya aku tahu serba sedikit tentang agama islam .

Happy Birthday Mak !

Aug 22, 2017

Mineral Clay Mask Review

May I know what you'll do for your call " me time"? I'd prefer to recharge my energy level by doing such relaxation therapy , enjoy nature , scrub myself , and put some masker on face to have smooth & supple with a healthy glow skin , Awwww !!

SUCH A DREAMER PERSON WHO LIKE PAMPERING THEM SELF  

Siapa akan kisah diri you kalau bukan kita sendiri . So why not ? Actually today I am going to review Mineral Clay Mask Cosway ! Which is this product sangat membantu for those mengalami big pores and too much oily excessive .




Mineral Clay Mask di perbuat daripada Illite dan Kaolin Clays , dimana ia jenis lumpur yang kaya dengan mineral menyerap kekotoran dan minyak berlebihan sekaligus mengecilkan liang pori dan kulit mengelupas.

Masker ini memberi kesan kelembapan dan kalembutan kerana kandungan bahannya terdiri daripada Algae , aloe , cucumber dan chamomile .

Masker ini juga membantu mengurangkan penampakan liang pori kerana kandungannya juga terdapat witch hazel . 

Bayangkan setiap application selepas pembersihan muka , I akan nampak my skin lembut dan supple with a healthy glow .

AWWWW ! AGAIN ! 







WHY I LIKE THIS PRODUCT ?

In skincare range product , what we are looking for is the product that can protect our skin . This product is NO PARABEN , NO SULFATES , NO PEG , NO MINERAL OILS, NO FORMALDEHYDE , NO DIOXANE , NO PHTHALATES , NO GMOS ,NO SYNTHETIC PRESERVATIVES AND NO COLORANTS .


If I am beauty consultant for you , I'm sure recommend this mask for your every "me time".

Kandungan : 100 ml
Harga : RM 46




Directions for use : Apply a generous amount evenly onto cleansed and dry skin , avoiding the eye area . Leave on for 10-15 minutes and rinse off thoroughly with water . Follow with toner and moisturizer. For best results , use twice a week .


OVERALL

Setiap skin berbeza . Jika korang sesuai dengan bahan lumpur , bertuah lah badan ! Jika korang sangat sensitif , kena lebih hati hati memakai produk mask . 

Kali ini I review produk beli sendiri , not sponsorship ya !


Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign