Aimaan Ahmad: TRAVEL : Bali , Indonesia ( Day 1 )

Oct 5, 2016

TRAVEL : Bali , Indonesia ( Day 1 )


Hye ! Assalamualaikum (T__T) Ampun beribu ampun , travelog saya ke Bali sudah lama terperam dan kali ini saya cuba all out berkongsi tips perancangan perjalanan dan kewangan , yang penting semua enjoy dengan bajet trip . Bagaimana saya boleh decided untuk ke Bali ,suatu hari saya datang ke rumah kawan dan we all feel bored . Terus booking ticket kerana harganya totally affordable hanya RM 300++ , tempoh penerbangan 3 bulan dari tarikh booking. eh bosan sekarang , kenapa travel lagi 3 bulan. makes sense ke haha. ( Pada teori travel saya, beli tiket dulu nak pegi akan datang fikir kemudian ) :D


JUMLAH WANG KAMI TUKAR : RM1,000 sahaja. TIPS : Tukar di money changer Midvalley level ground floor sebelah kedai buku tepi travelator. Ratenya kebiasaanya better than other place.


Itinerary kami untuk trip ini selama 5 hari 4 malam. Seramai 4 orang supaya mudah booking bilik hotel , sebab tu kami genapkan traveller. Penerbangan kami dalam jam 4 petang ( termasuk waktu bergerak dari Petaling Jaya ) , dan sampai di Ngurah Rai Airport sudah malam. Dari Malaysia lagi saya sudah booking supir bernama Dani ( +62-878-62670199) , sangat recommended supir kerana friendly, muslim , toleransi yang tinggi, punctual , boleh kawtim, boleh jadi photographer, suka buat lawak .hehe Totally satisfied with his service.


Kami di sambut oleh Dani yang sedang pegang signboard di pintu arrival. Proses urusan ambil bagasi di airport mudah dan cepat , kira segalanya smooth sahaja. Since kami sampai sudah malam, kami hanya berhenti terus check in hotel Kuta Central Park . Bab makanan sudah dalam perancangan awal, kami sediakan makanan berat dan sampingan jika tak sesuai dengan selera makan seperti ikan bilis sambal, roti slice, roti bun, 3 in 1 milo nescafe nestum, tuna, sardin . Jadi untuk malam itu , kami makan malam yang di bawa bekal sahaja di bilik hotel. alhamdulillah semua traveller kenyang terbongkang (^_^)


Bilik hotel Kuta Central Park , recommended ! Sebab harga yang affordable dalam RM 80, ada 2 katil queen , ada fridge, shower, dapur, microwave , pinggan cawan, tilam empuk, tv dan aircond. Cuma nak naik ke bilik guna tangga, ( nasib baik kami level 1) dan normal-lah di Bali ada anak patung. semua bilik cmtu.



HELLO , GOOD MORNING BALI !!!!!!!!!!



Woahhhh, perasaannya lain benar berada di sini. Menghirup udara segar di tepi balkoni bilik melihat burung berkicauan, pelancongan lain sibuk bersiap untuk keluar, melihat ikan di kolam . Terasa aman dan I'M TOO EXCITED FOR FIRST DAY ! 




Memori pertama kali melancong bersama kawan . Kenapa Aiman berpakaian begitu ? err. Kami akan berjimba di tepi pantai dan buat aktiviti air . 



Inilah view hotel . Pada mulanya anak patung yang bertenggek disekitar membuat kami rasa tak selesa. Macam susah nak adapt. Tetapi lama lama, okay jer. Tidur nyenyak.  TIPS : Masuk bilik hotel, beri salam dan baca doa pendinding seperti baca 3 qul, ayat qursi dan surah almulk sebelum tidur.




Walaupun hotel ini adalah bajet hotel , tetapi mereka juga mempunyai pelbagai servis. Internet servis pon okay kat bilik. Recommended ! Kami keluar pagi itu , terus check out dan simpan segala bagasi dalam kereta supir. Waktu ini kami ikhtiar sahaja untuk mempercayai supir Dani kerana segala barang pakaian , makanan dan wang serah pada Dani. Dan kami pergi enjoy aktiviti pantai sehelai sepinggang .




Dalam perjalanan ke pantai terserempak dengan orang hindu balik dari keramaian.



Kami memilih 4 jenis aktiviti air iaitu ; flying fish , banana boat , snorkelling dan spinning donut .
Semua photo kami di ambil oleh photographer yang kami bayar dan mereka burn di dalam cd. Boleh tahan juga gambar tengah terbang di udara pon mereka boleh ambilkan , malah di dalam laut juga. Jika kita pilih nak buat scuba diving , pon mereka ambilkan gambar . awesome ! Kos aktiviti kami dalam 600,000rupiah setiap seorang .Pada saya, ia berbaloi.





Cantikkan view di pantai . Ini waktu pagi dalam jam 11 pagi.




Semua sibuk kirawang , pening lalat rupiah rm rupiah rm .haha

Aktiviti pantai habis dalam masa 2 jam, termasuk waktu bersantai tanning kononnya dan tukar pakaian. Penat bermain terus mengadu dengan Dani , '' Kami laparrrrrrrrrrrrr! " ahaha.. Then , Dani kata, ''Saya tahu tempat muslim yang sedap dan ramai Malaysian datang".




Dani bawa kami di Restoran Malioboro . Dengan signature makanannya , ayam tulang lunak . Apa itu lunak ? Means rapuh. Tulang pon boleh makan.





Aiman terkinja kinja excited nak order gurami goreng terbang sebab pernah rasa di Bandung . Serius sedap , recommended ! Nasi panas + gurami goreng pon dah cukup marveles. Makanan ni ngam dengan tekak rakyat malaysia. Di Malaysia kan tidak popular gurami.



Ini kawan Aiman pilih , Gurami acar kuning . Ok gak. Tapi Aiman lagi suka yang goreng jer.



Kos makanan disini : Duit malaysia dalam RM 125 untuk  orang makan.

Matahari terpacak terik di tengah kepala, solat zohor sudah pun masuk. Kami semua boleh membuat solat jamak, bagi mengelakkan terlewat nanti sebab tempat yang akan kami lawati nanti semuanya hindu . Mungkin sukar untuk temui masjid. Kami minta Dani carikan masjid terdekat.



Cantik masjid ni. Tepi jalan raya besar. Dalamnya sejuk, fasiliti telekung juga ada. Kami kepenatan sebenarnya setelah bermain di pantai, oleh kerana terlalu gembira ngantuk pun hilang . Kami berhenti di Masjid Agung Ngurah Rai, berdekatan dengan airport.








TIPS : Harus menjadi amalan setiap muslim untuk bersedekah apabila singgah di masjid. Mudahan segala urusan di permudahkan. 



Destinasi seterusnya , adalah ke Pantai Pandawa . Pantai disini cantik juga tetapi tak banyak aktiviti pantai macam kami  pergi awal pagi tadi. Hanya nampak kayak sahaja dan tempat pelancong bersantai tanning badan sambil melihat anak mandi manda.


Sebelum sampai ke pantai ini , perjalanan ini di penuhi dengan patung dewa sejarah mereka. Dan Dani ada bercerita tentang patung tu semua. Tapi aku tak simpan dalam minda. ahaha. susah nak ingat haih. Takminat sejarahh, cliche.









Ramai juga orang di sini di waktu petang. Kami ambik chance ronda ronda dan ambik gambar je.. cukup cukup lah berjemur pagi tadi. hari pertama di Bali , aiman rasa merelit dah kulit terbakaq macam grill chicken. ehehe


Pastu berlari di bawah pokok. panaih.




Destinasi seterusnya , melihat matahari terbenam sambil menonton tarian kecak. Temple yang menarik pelancong datang dengan tarian kecak. Tarian ini menceritakan tentang sejarah , dan lagi sekali ia tentang sejarah. Saya memilih untuk menikmati persembahan dan matahari terbenam daripada menghadam sejarah mereka .hehe.





Desiran ombak menghempas pantai dan dinding batuan , seumpama mengetuk hati yang luka kembali sembuh . Tenang , nyaman dan begitu cantik keindahan alam ciptaan tuhan . Duduk disini terasa tak mahu pulang , nak tengok laut sampai puas. melayan perasaan camtu aiman , hang kena tinggai -lah. :D




Gaya kami macam nak pergi bersilat , lagi besar beg lagi banyak barang nak bawa.




Terlalu cantik suasana matahari terbenam. Dan rasa nak honeymoon kat sini lah nanti hehe.



Nak masuk dalam kawasan persembahan ini kena bayar. Kalau bayar di kaunter mahal, Dani yang baik hati belikan tiket kami atas nama warga negara Indonesia. So murah la sikit. 



Tarian kecak habis dalam 8.30 malam . Kami terus balik ke hotel . dan makanan juga beli segera di KFC sahaja. Badan pon sudah letih , fikiran dok ingat bantal tilam sahaja, tak sabar nak mandi bersihkan diri dan berlengas macam ikan perkasam ni. NEXT TIME , saya akan sambung kisah travelog Bali ( Day 2 ) .



No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign