Aimaan Ahmad: Eczema Soap By Alzara Black Mud Review

Pages

Jun 13, 2017

Eczema Soap By Alzara Black Mud Review







Hye , Assalamualaikum :)
Benda yang akan menghantui hidup kita bila mula meningkat usia , mulalah sistem imunisasi menurun . Lepas tu akan ada skin problem macam eczema di tempat yang tak disangka pulak tu . Tapi eczema ni bukan terjadi pada orang dewasa sahaja , ada juga bayi dan kanak kanak alami masalah kulit eczema . 


Jadi Aiman nak kongsikan produk terbaru di Cosway Taman Karking Ipoh  , Natural Black Mud Soap yang membantu untuk melegakan masalah eczema . Aku dah cuba pada diri sendiri dan kesan pertama dapat dirasakan selepas guna , akan alami pengelupasan kulit mati dan kulit kering . Bagi yang alami masalah eczema teruk seluruh badan , pastikan korang ada lotion khas dari doktor kulit ya . 


Kandungan utama dalam sabun alzara ni , lumpur semulajadi yang mengandungi dead sea minerals , vitamin e dan minyak zaitun .  

Kesan selepas menggunakan Alzara Black Mud ni , ia mudah untuk membersihkan , melembapkan dan menyegarkan sekaligus memudarkan kulit yang bertompok . Dalam masa yang sama jugak , boleh guna untuk remove make up , mengawal minyak di muka dan liang pori tersumbat . 



Perasaan selepas guna , first time cuba korang akan rasa ehhh lembutnya . Seolah kulit bayi . Haaa bagi yang tiada masalah kulit juga boleh guna , nanti parut jerawat akan pudar . 


Tengok keadaan kulit Aiman masa kena masalah kulit eczema . Kulit jadi sangat sensitif pada bahan kimia , makan yang tinggi histamin seperti makan yang disimpan peti ais , keropok berperisa , makanan laut dan banyak lagi . Sebenarnya sebelum ini Aiman pernah dah kena kulit sensitif eczema ni , masa zaman universiti dulu . Apa saya fokuskan , dari segi dalaman adalah dengan tingkatkan sistem imunisasi . Banyak makan makanan anti oksidan seperti kurma , kismis , prune , madu , jus pomegranate dan sebagainya . ( yang ni kita buat post lain ok ) 

Aiman selalu juga share tips di instagram ( missaimaan ) , so korang boleh follow dan guna pakaikan tips tu . Sharing is caring sayang hehehe 


Aiman bertuah kerana kena eczema di jari sahaja itu sedikit . Cepat cepat cari cara nak sembuhkan masalah ni . Weh menangis di bucu katil tengok kawan kawan meratah makanan laut . Nikmat dunya paling best makan tu . heheheh





Produk ini dari Jordan . Aiman snap gambar kotak belakang supaya korang boleh baca . Berat sabun 100mg . Bagi Aiman sabun ni tahan lama betul . Aiman dapat seketul terus dipotong kepada beberapa bahagian , terus jadi 10 ketulan comel petak petak . Pastu korang pindahkan dalam bekas supaya takde menceceh je kat tepi sinki atau gelincir hilang tah memana mana lepas guna . 

Harga seketul sabun ni RM 20 sahaja . Boleh pakai seluruh badan . Amaran keras hahaha , sabun ini hanya boleh pakai di kawasan luaran sahaja okay .. Jangan lah korang mengatal nak cuci lidah le pulak.... 


Cara untuk pakai Alzara Black Mud Soap , apply pada seluruh badan dan urut secara circular motion untuk dapatkan buih yang sedap di gosok . Elakkan kawasan mata ya ! Bersihkan dan bilaskan dengan elok . Boleh guna dua kali sehari .


Tudiaa ajaq macam ajaq demonstrasi hahaha . Okay harap korang boleh dapat sedikit info bermanfaat dari blog Aimaan ni . HAVE A NICE DAY !




Nak beli Alzara Black Mud Soap ?

Whatsapp : 018-5713858

Atau klik sahaja 



No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign