Aimaan Ahmad: B- complex cegah migrain

Pages

Sep 20, 2017

B- complex cegah migrain


Dahulu saya tak faham pun kenapa kawan rumah sewa semasa saya study di Universiti Malaya kerap skip class kerana sakit migrain . Since saya sekolah lagi , I really don't understand how migraine's feel till saya sendiri lalui masa tahun pertama kerja. Haaa itu beerti some changes happen in my life . Maybe lifestyle belum boleh cope lagi .

Keadaan MIGRAIN terjadi bagi student semestinya pembelajaran yang pack sehinggakan stress , bagi pekerja mungkin terlampau banyak kerja dari majikan , atau tekanan perubahan hormon ketika period juga .


MIGRAIN IS SO PAINFUL BECAUSE YOU CANNOT THINK ! 
YOU HAVE TO REST THE WHOLE DAY 


Saya sangat tak suka ambil pain killer. So that saya kan pastikan level of stress pada kadar boleh terima dek tubuh badan :)

Bukan stress sahaja punca migrain ya , ada beberapa lagi PUNCA boleh mengakibatkan migrain ;


  • Makan makanan yang mengandungi Tyramine such as cheese ( OMG ! This is my feveret ingredient in any food )
  • Makan makanan yang mengandungi monosodium glutamate ( MSG)  ( Tahukan nak bagi makanan sedap buh yang ni , tapi tak elok untuk kesihatan )
  • Terdedah pada asap rokok , atau pencemaran bunyi 
  • Minuman berkafein
  • Jadual waktu tidur berubah dan tidur tidak mencukupi
  • Gangguan masalah 
  • Jadual permakanan tidak dijaga dan biarkan perut  kosong dalam tempoh lama ( berkemungkinan gastrik juga boleh datang )


Nampak .... terlampau banyak punca akibat migrain , jadi kita yang  berada dalam persekitaran ini perlu mencari inisiatif untuk elak dan atasi migrain .

Bayangkan dahulu masa saya alami migrain , terus telan panadol kononnya nak selesaikan dengan cara segera . Apabila bangun tidur , tidak lama kemudian migrain datang kembali . Jadi kesan pengambilan paracetamol juga sementara .

Saya mesti mencari solusi masalah migrain or I will lying on bed always. 

Macamana saya nak kerja ? Bos mana yang suka kan anak buah banyak alasan ?

Finally saya jumpa satu inisiatif , iaitu dengan mengambil B-COMPLEX . 
Which is kebaikannya adalah anti stress .

Berkait dengan period pain yang teruk , I really maintain dan jaga permakanan to avoid migrain again semasa pre menstrual .
After taking B-Complex, Aiman berasa perubahan yang mana saya boleh langsung tidak migrain in a month .

That big congratulation to my effort /trial .

Alhamdulillah (T_T)



Seriously sedap bila tabur banyak cheese mozarella cheddar . You name it ! haha


B-Complex merupakan gabungan beberapa vitamin larut air . B-Complex mengandungi ;
  • B1 ( thiamin )
  • B2 ( riboflovin )
  • B3 ( niacin )
  • B5
  • B6 ( pyridoxine )
  • B12 ( cobalamine )
  • Folid Acid
  • Panthothenic Acid
  • Biotin


Setiap komponen dalam B-Complex memiliki fungsi khusus . B-Complex juga membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan saraf yang sihat . Ia juga membantu penghasilan sel darah merah dan boleh mengelak anemia .



Apakah kepentingan lain B-COMPLEX kepada tubuh badan ?


  • Menentang tekanan terutamanya dengan gaya hidup yang penuh cabaran
  • Menyokong fungsi kelenjar adrenal dan sistem saraf
  • Mengatasi masalah muda meradang
  • Mengurangkan keletihan
  • Meningkatkan daya tumpuan dan kecergasan
  • Meningkatkan keupayaan mental
  • Dikenali sebagai " Vitamin Kegembiraan"  sering disyorkan oleh pakar perubatan untuk tangani kemurungan 
  • Meningkatkan penghasilan serotonin dalam badan yang mana pemancar saraf yang meningkatkan mood
  • Diperlukan untuk menukarkan lemak dan karbohidrat kepada tenaga 
  • Membantu mengurangkan rasa  mengidam terhadap makanan dan mengelak peningkatan berat badan

Vitamin B biasanya boleh didapati dalam sayuran hijau berdaun dan bijirin tetapi senang termusnah semasa makanan di proses atau di masak.

Tekanan, perpeluhan, merokok dan pengambilan kopi, teh, minuman keras, karbohidrat dan gula terproses juga mengurangkan tahap Vitamin B dalam badan .

Kadar penyerapan vitamin B dikalangan warga tua pula amat rendah.

Gejala gejala kekurangan vitamin B termasuk ulser mulut , kurang darah, sering keletihan, gementar, sering runsing atau resah , penukaran emosi dengan tiba tiba, kurang daya tumpuan, masalah tidur, sukar mengingat kembali mimpi, sengal badan, kerap alamii masalah ketidakhadaman.

Siapa boleh saya syorkan B-Complex?

  • Wanita datang haid
  • Ibu mengandung
  • Mereka yang kurang darah
  • Warga tua
  • Eksekutif sibuk
  • Mereka yang banyak minum kopi
  • Pelajar
Walau apa tahap kesibukan kita , pentingnya menjaga kesihatan dan kecantikan bagi memudahkan urusan duniawi dan membantu kita melakukan ibadah lebih sempurna InshaAllah memerlukan sihat tubuh badan dan mental .

Islam pupuk umatnya menjaga kesihatan beerti menghargai nikmat pemberian sihat Allah :)

Sebarang pertanyaan , boleh juga email saya di nurul.aiman@live.com . Saya menjanjikan konsultansi yang terbaik dan memberi servis yang dipercayai .

Jumpa lagi sharing akan datang :) love



No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign