Aimaan Ahmad: Baguskah minyak kelapa dara untuk turunkan berat badan ?

Pages

Jun 18, 2017

Baguskah minyak kelapa dara untuk turunkan berat badan ?




Hye , Assalamualaikum :)

Antara yang baru sedar tentang kelebihan minyak kelapa dara is Iols haha . Sebenarnya sudah berada di pasaran dalam tempoh yang lama terutama di Cosway , Tetapi apabila Aiman go through dan melihat feedback pelanggan , yes, minyak kelapa dara atau virgin coconut oil is good for our health .

Minyak kelapa dara merupakan satu bentuk lemak tepu yang unik denagn kandungan Trigliserida Rantaian Sederhana (MCT) atau Asid Lemak Rangkaian Sederhana yang tinggi dan menawarkan manfaat manfaat kesihatan yang luar biasa ! Kajian menunjukkan bahawa penggabungan MCT dalam diet dapat membantu untuk menggurangkan berat badan dan mengekalkannya . Haaaa senang kata , minyak kelapa dara ini bagus untuk individu yang nak dapat keseimbangan berat badan ideal .

Minyak Kelapa Dara menyokong kesihatan jantung , otak , hati , sistem imun dan juga pengurangan berat badan . 




Bagaimana proses pengurangan berat badan terjadi ????

  • Minyak Kelapa Dara meningkatkan metabolisme sebanyak 50 %
  • Minyak Kelapa Dara mempercepatkan pembakaran kalori sehingga 2 kali ganda
  • Minyak Kelapa Dara mengurangkan selera makan dan membendung rasa lapar
  • Minyak Kelapa Dara mengurangkan lemak tepu ( lemak yang di kaitkan dengan penyakit jantung , kencing manis , tekanan darah tinggi ) secara berkesan dengan hanya 2 sudu besar sehari .



Yang menariknya , ada juga pelbagai manfaat kecantikan ! 

Kulit yang lebih muda !  Minyak Kelapa sangat baik sebagai pelembap kulit terutamanya kulit kering dan berusia , malah membantu untuk mengurangkan kedutan tanpa merosakkan . Ia juga membantu mengurangkan keradangan yang di sebabkan oleh psoriasis , dermatitis dan eczema . 


Rambut yang lembut & bersinar ! Minyak kelapa mengandungi asid kaprik , asid laurik , asid kaprilik , dan vitamin e untuk menggalakkan kulit kepala sihat dan rambut yang berkilat .




Minyak kelapa boleh dinikmati dalam pelbagai cara :



  • Diminum begitu sahaja . Disyorkan 2-4 sudu besar setiap hari .
  • Kacaukan ke dalam nasi , oat atau minuman kegemaran korang untuk rasa dan aroma yang menyelerakan !
  • Sesuai untuk menggoreng , memasak dan membuat kuih muih .




KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA

  • Terkenal dengan potensinya untuk melawan penyakit alzheimer 
Minyak kelapa meningkatkan prestasi kognitif dalam pesakit Alzheimer dan orang dewasa yang mempunyai ingatan yang ketara , tidak selepas beberapa bulan atau beberapa hari rawatan tetapi hanya selepas satu dos 40 ml !

Otak yang semakin berusia kurang menggunakan glukosa dengan berkesan sebagai sumber tenaga . Malah , tidak seperti kepercayaan yang popular , bahan api yang sesuai untuk otak kita bukanlah glukosa tetapi keton . 

Keton di hasilkan oleh badan kita apabila ia menukarkan lemak kepada tenaga . Trigliserida Rantaian Sederhana ( MCT ) yang terdapat dalam minyak kelapa merupakan sumber keton yang baik kerana minyak kelapa adalah 66% MCT.

Kajian oleh Universiti Oxford baru baru ini ada mencadangkan walaupun kesan minyak kelapa mungkin bersifat sementara , pesakit pesakit Alzheimer & dementia perolehi manfaat jangka pendek oleh kerana pengambilan minyak kelapa .

Dr. Newport , pengarang buku Alzheimer's Disease : What If There Was A Cure ? Percaya bahawa keton memainkan peranan penting dalam kesihatan otak . Dengan meningkatkan tahap keton , kita boleh memperbaiki fungsi kognitif .


  • Antibiotik semulajadi yang berkuasa
Badan kita menukarkan asid laurik dalam minyak kelapa kepada monolaurin , iaitu sebatian kuat yang sebenarnya boleh memusnahkan virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit serta melawan yis , kulat dan candida .

Minyak kelapa mengandungi kandungan asid laurik yang tinggi berbanding mana mana sebatian di bumi .

Kajian menunjukkan bahawa asid laurik sebenarnya bertindak dengan lebih baik berbanding ubat ubatan dalam memerangi H.Pylori sejenis bakteria biasa yang sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan gastritis , ulser perut dan kanser yang teruk .


  • "Superfood" baru untuk jantung yang sihat
Keton yang dihasilkan dari minyak kelapa bertindak sebagai "superfuel" untuk hati kita , meningkatkan penghantaran oksigen sebanyak 39% dan fungsi jantung sebanyak 28% .

Kajian menunjukkan bahawa MCT terutamanya asid laurik membantu :

# Merendahkan LDL dan meningkatkan LDL .

# Mengurangkan pengoksidaan LDL , faktor utama risiko aterosklerosis

# Mengurangkan keradangan dalam arteri

# Mengembalikan fungsi tiroid yang normal . Apabila tiroid kita tidak berfungsi secara optimum , ia boleh menyumbang kepada tahap kolesterol mudarat yang lebih tinggi .

Dinegara negara di mana para penduduknya mengambil banyak produk kelapa kurang mengalami penyakit kardiovaskular . Di Sri Lanka , di mana minyak kelapa telah digunakan secara meluas dalam diet , kadar kematian daripada penyakit jantung adalah antara yang terendah di dunia .


  • Mengurangkan beban pada hati
Para pakar percaya bahawa kehadiran MCT membantu mencegah penyakit hati kerana ia boleh ditukarkan kepada tenaga dengan cepat apabila sampai ke hati . Ini memberi manfaat kepada hati disebabkan oleh :

# Penukaran asid lemak kepada tenaga mengurangkan bebanan hati

# Pengumpulan lemak di dalam hati telah dihalang

# Keupayaan antimikrobial minyak kelapa membantu memusnahkan mikrob dan mengurangkan pembentukan radikal bebas di dalam hati .

Kajian terbaru yang disiarkan dalam Journal of Basic and Clinical Physiology and Pharmacology ( Mei 2014 ) mendapati bahawa komponen komponen aktif minyak kelapa melindungi hati daripada ubat ubatan antibiotik yang bertoksik .


  • Mengawal gula darah dan mengurangkan risiko diabetes
Kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan minyak kelapa memberi manfaat kepada mereka dengan gula darah yang tinggi . Minyak kelapa melambatkan penyerapan gula dalam aliran darah serta mengurangkan rintangan insulin dan obesiti yang merupakan faktor penyumbang kepada penyakit kencing manis . Minyak kelapa juga didapati membantu mencegah kerosakan buah pinggang yang biasa di kalangan pesakit kencing manis .


  • Menyokong kesihatan tulang dan gigi
Minyak kelapa meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium di dalam badan dan ini mendatangkan manfaat kepada kesihatan gigi dan tulang  .

Kajian yang diterbitkan mendapati bahawa supplemen minyak kelapa juga boleh mengurangkan osteoporosis .



Rupanya banyak sebenarnya kelebihan pengambilan minyak kelapa nih . Apabila ia juga boleh menukarkan lemak kepada tenaga , jadi ia amat bagus untuk individu yang mahukan turunkan berat badan . 






No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign